Sunday 23 March 2014

Tips Pertunangan Budget

Hi semua..
As I mention before, Una nak sharing rentetan perjalanan majlis tunang Una kat Pasir Gudang,JB..  
FYI, Una dah bertunang pada 17 August 2013..hihi..cerita dah basi tapi Una baru nak share..

Kenapa pertunangan budget??

Sebab Una baru habis study hujung bulan Jun. It's mean Una langsung takde saving ape-ape masa tu. Tapi I dah gatal nak tunang.kikiki.. Kedua, Una baru kerja pertengahan Julai.. Nak ikutkan, gaji yang dapat guna untuk majlis baru setengah bulan gaji..Sadis bukan dengar cerita Una..Tapi Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar..FuhhFuhhh.. 

Tadaaa...Mempersembahkan Cik Una in pink.. masih bambam lagi masa ni, berat dalam 62kg =,='

Awalnya plan for E-Day nak tema purple..I'm so in love with purple colour..and  pink also..teehee...
Tapi bila majlis nak dekat, semua plan lariikk.

OK..Kita kembali ke topik utama..Macam mana nak cut cost untuk tunang..

Pertama.. masak or rewang sendiri. No catering ye dear..My mum panggil kawan-kawan masak ramai-ramai kat rumah.Paling best duit belanja makanan, PAMA sponsor..Credit to my parents.. Perbelanjaan kasar beli barang untuk masak dalam RM400++.. Menu makanan masa Una tunang memang best, ada nasi putih, kari/gulai daging, ikan goreng, sayur goreng, ikan kering, serunding kelapa, sambal belacan..Fuhh..semua favorite Una tau. Memang lupa terus diet masa tu..For dessert, ada buah tembikai, fruit tart & apam polka dot (aunty sponsor), kuih  cucur badak & kuih cara berlauk (mum tempah), segala macam kek & kuih (from jiran-jiran). Memang jimat kan kalau masak. Una ada survey 1-2 catering, untuk 100 orang makan paling murah RM800..Fengsan=,='. For me, kalau you all ada budget lebih, boleh la tempah catering.

Kedua, pinjam/sewa dulang hantaran kakak,makcik,jiran,kawan korang. Una pinjam dulang hantaran yang dah siap dihias dari anak kawan my mum. Thanks Cik Lina.. Ok, ini tak best. Disebabkan Una malas nak bukak hiasan pada dulang hantaran yang bewarna kuning itu, tema hantaran tunang dah jadi warna kuning  pula. Paling lucu, tunang Una punya hiasan dulang hantaran pun warna kuning.Aiyoyo.. Tapi kat sini, Una dah jimat RM100++. OK la tu ;D



Ketiga.. beriitahu sedara mara  korang tarikh pertunangan.Mana tahu ada yang nak sponsor. Hihi.. Tapi jangan sampai meminta-minta pula ye.Kebetulan, tarikh tunang Una ialah 2 minggu selepas hari raya. So, sedara mara semua sibuk la duk bertanya itu dan ini. Memandangkan Una anak yang sulung (agaknya) sepupu Una, Kak Midah orang yang paling banyak sponsor majlis tunang Una. Seriously, Una tak keluar banyak duit pun untuk majlis. Kak Midah sponsor baju tunang, makeup, barang-barang hantaran seperti buah, coklat, kain dan sirih junjung.Baik sangat sepupu Una ni. Love you lahh Kak Midah..

BTW, majlis tunang Una sangat simple. Una suggestkan, kalau nak tunang, tak payah la nak berhabis duit sangat. Sebab majlis sekejap je. Preparation tu yang lama dan memeningkan kepala. Una tunang takde pun mini pelamin. Takde bilik berhias..Trend sekarang sarung cincin pun kat luar. Una duduk atas bantal Una yang besar dan sarungkan saja dengan kain pelekat songket warna hitam, adik Una punye..Haha..Kalau tak ada sponsor, Una anggarkan kos majlis tunang Una (campur kos makanan) dalam RM600-RM700. Kalau ada orang sponsor, faham-faham jelah ye.hihihi.. Xoxo..

    











1 comment:

  1. wa... bgusnya... jimat.. simple but nice... xpyh berabis byk... rugi je..baik smpn utk kwen..

    ReplyDelete